Assalammualaikum,
Kepada para ahli fotographer mahupun para pencinta alam yang indah ini, adalah saya berbesar hati mempromosikan kepada anda untuk datang dan menginap di pekan kami agar dapat bersama-sama merasai dan menikmati keindahan alam yang tuhan ciptakan ini. Pihak kami menyediakan perkhidmatan homestay yang berkonsepkan kekeluargaan yang tiada di tempat lain, para pelancong akan di tempatkan bersama-sama ahli keluarga di pekan weston ini untuk merasai suasana kampung dan tradisi suku kaum brunei. Disamping itu kami menyediakan perkhidmatan yang berkonsepkan kelautan untuk pengemar pemancing dan pengemar hidupan eksotik seperti udang, ikan, selisip, lukan, proboscis monkey, monyet, dan burung kelip-kelip. Kami juga menyediakan perkhidmatan makanan ala seafood yang segar dari laut bagi pengemar makanan laut. Kami menjamin akan keseronokan para pengunjung yang sudi datang ke Pekan kami dan yang sudi merasai Homestay di kampung atas air pekan weston...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan